Monday, May 14, 2012

Karya pertama saya :)

okay sempena dengan hari ibu nie. chel ada buat cerpen sikit. actually cerpen ini saja - saja . so baca la ek. by the way kalau korang rasa ada yang perlu di tambah lagi korang bagi la idea kat chel okay (^__^)

  Maafkanku ibu

                " Anakku sayang , carilah kawan yang benar-benar ikhlas 
berkawan dengan kamu". Itulah pesanan dari ibuku yang masih berlegar di fikiran ku. Senyumannya, lirik mata serta wajah ibu masih lagi segar dalam ingatanku tetapi  arwah ibu telah pergi meninggalkanku sudah hampir 4 tahun dan selama itu aku hanya duduk mengurungkan diri di dalam bilik meratapi kesedihan dan kekesalan diriku. Entah sampai bila aku akan terus begini. Setiap langkah dan setiap gerak geri yang aku perlakukan mengingatkan aku mengenai apa yang telah berlaku 4 tahun lalu. 

                 "Zali ! Jangan tinggalkan ibu sayang. Ibu janji ibu tak buat lagi" , 
 rayuan ibu ketika kali terakhir aku melihatnya. Rayuan itu langsung tidak aku endahkan malahan aku lebih kuat menekan picu minyak kereta. Kereta pacuan 4 roda yang ku bawa itu , terus laju menyusuri jambatan dihadapan rumah ku lantas terus tidak lagi kelihatan.Ibu ku terjelopok jatuh ke tanah dek kerana terkilan dengan perbuatanku.Matanya yang kabur kini sudah pun berkaca dan akhirnya kesedihan yang ditanggung tidak dapat dibendung lagi. Ibu terus meraung dan menangisi kepergianku. Beberapa orang jiran gegas berlari mendapatkan ibuku. Mereka cuba untuk menenangkan ibu manakala aku, aku  telahpun membuat keputusan ku dan keputusan ku adalah muktamad.Aku ingin meninggalkan ibuku di kampung.Hal ini aku lakukan kerana hatiku terlalu sakit dengan apa yang berlaku dan tidak mungkin aku mampu untuk memaafkan ibu lagi.Zainab,isteriku juga tidak mampu lagi untuk menahan kesedihan dan kemarahan dirinya di atas apa yang telah terjadi. Dia ingin meninggalkan ku sekiranya ibu terus tinggal bersama kami. Padanya, ibu hanya satu bebanan yang tidak mungkin dapat kami tanggungi lagi .

             Hal ini semuanya berlaku apabila aku dan ibuku berpindah ke
Kuala Lumpur.Aku telah dinaikkan pangkat sebagai manager di sebuah firma. Di sana , aku telah berkenalan dengan seorang gadis bernama Zainab.Zainab merupakan penolong peribadiku.Sejak kali pertama Zainab di perkenalkan kepadaku, hatiku telah mula tertarik dengannya. Padaku Zainab seorang gadis yang baik, peramah , riang serta manja , aku selesa berkawan dengannya. Zainab selalu membantu ku dan kami sering meluangkan masa bersama.Hari silih berganti hari, tanpa diduga persahabatan yang dibina menjadi lebih akrab saban hari dan di sini lah bermula la titik percintaan bibit-bibit cinta aku dan Zainab. Setelah lama menjalinkan hubungan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengambil Zainab menjadi isteriku yang sah. Janji telah termatri apabila kedua belah pihak telah menyetujui perhubungan kami. Tepat dua tahun perkenalan kami, aku telah pun sah menjadi suami Zainab.Mahligai cinta yang dibina sungguh indah. Hidup aku , isteri serta ibuku sangat bahagia .

               Perkahwinan aku dengan Zainab sudah mencecah setahun dan
 akhirnya Zainab telah disahkan hamil. Aku berasa sangat gembira tapi kegembiraanku tidak dapat menandingi kegembiraaan ibuku. Dia sangat - sangat bersyukur atas segala rahmat rezeki yang telah diberikan oleh tuhan kepadanya serta kepadaku. "Zainab banyakkan berehat, biar ibu yang buat" itulah kata - kata ibu apabila Zainab ingin melakukan sebarang kerja dirumah. Sepanjang tempoh kehamilan, isteriku dilayani dengan penuh kasih sayang. Ibu telah menganggap Zainab seperti anak kandungnya sendiri sejak dari dulu lagi.Hal ini kerana, selama ini ibu sentiasa mahukan anak perempuan tetapi ibu hanya mampu memiliki aku iaitu satu - satu anak tunggal lelakinya. Selepas melahirkan aku, ibu disahkan tidak boleh mengandung lagi kerana rahimnya terpaksa dibuang akibat jangkitan kuman.Disebabkan itu, ibu sangat -sangat menyayangi Zainab. Segala kemahuannya diturutkan . Alangkah bahagianya aku apabila mengenangkan kembali saat -saat itu . 

           "Ku sangkakan panas sehingga petang rupanya hujan ditengah hari".
Itulah perumpamaan yang dapat menceritakan kisah hidupku. Zainab telah keguguran di saat kehamilannya telah mencecah usia 5 bulan. Zainab dikatakan jatuh dari tangga di tingkat dua akibat kecuaian ibuku ketika membersihkan rumah. Bayi yang dikandungkan tidak dapat diselamatkan dan sejak dari hari itu , Zainab seperti tidak dapat memaafkan ibu . Begitu juga denganku, aku telah menyalahkan ibu atas segala yang berlaku . Ibu tidak lagi dihiraukan sejak peristiwa itu. Kewujudan ibu seperti tiada lagi maknanya di dalam hidup ku dan Zainab. Makan, minum , pakaiaan serta kesihatan ibu tidak lagi ku pedulikan dek kerana hasutan Zainab.Pada suatu hari, Zainab telah mengutarakan hasrat hatinya " Abang, jujur Nab cakap Nab dah tak sanggup nak tengok ibu abang kat rumah ni.Tiap kali Nab tengok muka ibu mesti Nab teringat apa yang dia dah buat dekat Nab. Baik abang hantar ibu abang balik kampung kalau abang betul-betul sayangkan Nab atau Nab lari dari rumah ni".Aku yang pada masa itu, yang hanya mendengar segala kemahuan isteriku telah pun meninggalkan ibuku di kampung sendirian tanpa mendengar sebarang rayuan dan penjelasan dari ibuku.Hatiku keras seperti batu. "Anak derhakakah aku?. Ah lantak lah" 
              Dua tahun telah berlalu ,tidak pernah sekali pun aku telefon 
menanyakan khabar ibuku apatah lagi menjenguknya di kampung.Zainab tidak membenarkan ku untuk pulang ke kampung. Aku seumpama lembu dicucuk di hidung.Hidupku tidak lagi terurus."Zali,sila masuk pejabat saya! Sekarang!" laungan bos ku ketika aku baru sahaja menjejakkan langkah masuk ke dalam pejabat. Aku telah pun dipecat. Pretasiku di tempat kerja tidak lagi memuaskan.Aku sering datang lambat dan fikiran ku selalu melayang ketika ingin membuat sebarang kerja. Aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian , hatiku sentiasa berasa gusar . Kesihatan badan ku juga semakin merosot. Aku sering saja sakit.Masihku ingat ibu sering tidak tidur malam menjagaku apabila aku demam. Aku rindukan ibu tapi entah mengapa aku tidak pergi mencarinya.Mungkin aku terlalu ego dan malu untuk mengakui kesalahan ku.Zainab pula telah pergi meninggalku. Rupanya selama ini, dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan anak kandungannya hari itu adalah hasil dari hubungan sulit mereka. 

  Fikiran ku tidak lagi boleh berfikir dengan waras. Hidupku semakin
tidak menentu. Aku terlalu rindukan ibuku.Aku mesti menemui ibu!. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. " Ibu! Zali dah balik!" jeritan demi jeritan ku laungkan tapi sayang jeritan ku langsung tidak dibalas. Berkali - kali aku memberikan salam tapi masih juga tiada suara kedengaran. Jiran ibuku yang mendengar teriakkan ku memanggil ku. Ditangannya terdapat sekeping surat. " Surat ini ibu kamu titipkan kepada makcik untuk diberikan kepada kamu"ujar makcik Temah. Sebelum mengambil surat itu , aku sempat bertanyakan dimanakah ibuku berada tetapi pertanyaan ku diendahkannya. Mak Cik Temah pun berlalu meninggalkanku terus terpinga. Aku membaca surat yang diberikankan. Mengalir airmataku sejurus membaca surat itu. Ibu aku telah pun pergi setahun yang lalu . Ibuku telah jatuh sakit akibat terlalu merindukan diriku . Di dalam surat itu juga tertulis, bahawa sebenarnya Zainab tidak keguguran kerana terjatuh dari tangga ketika ibuku membersihkan rumah tetapi dia keguguran kerana dia terjatuh ketika dia ingin mengusir ibuku keluar kerana ibu telah melihat perbuatan terkutuknya di dalam bilik tidur kami. Airmataku semakin deras mengalir tetapi betul kata orang "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".Kini ibu telah pun pergi meninggalkan aku manakala aku masih disini meratapi segala kesalahanku.


 
                                                                              karya nukilan,
                                                                                       Nur Akmar Abd Rahman


No comments:

Post a Comment

saya nak cakap :